PENGALAMAN INTERVIEW SPA

Assalamualaikum wbt..

"Dimaklumkan bahawa anda dijemput menghadiri sesi temuduga. Sila buat semakan untuk mendapatkan tarikh dan tempat temuduga anda bagi jawatan PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR GRED J29 di emel anda atau di Portal SPA."
Bila cek emel, tarikh temuduga 30Julai2012

Apa perasaan anda kalau dalam sms macam ni?? mesti mood bertukar happy dan teruja kan?? Tapi, aku berbelah bahagi either nak pegi atau tak.. sebab 4 julai 2012 yang lepas, aku baru je pegi temudugan PEGAWAI PERANCANG BANDAR J41.. hurm, tapi, disebabkan hal2 tertentu, aku gagahkan juga diri untuk melangkahkan kaki ke dewan temuduga.. 

meh nak share TIPS temuduga.. temuduga J29 dan J41 tak banyak beza sangat.. lebih kurang sama.. tapi, yang J41 haritu, aku tak berapa nak bersedia sangat.. tapi, kalini, aku dah bersedia..

Masa Interview J41, soalan2 yang ditanya;
1. Nama, Alamat, Perihal diri
2. Latar Belakang Akademik
3. disebabkan aku ada bawak contoh hasil kerja yang pernah aku buat sepanjang aku bekerja, so, soalan2 yang ditanya adalah more on kerja dan tugas aku. masa tu, aku tunjuk report ICUZP sabak bernam kuala selangor yang aku buat bertungkus lumus sblm ni.
4. pastu interviewer tu ckp, let me try your english (time ni dah menggelabah sbb dah lame x ckp omputih n tak prepare langsung!! serious gelabah..)
"ok".. aku mengangguk, tp nervous sgt!..
"Please Describe Kuala Selangor and Sabak Bernam to me.. I never go there.. Tell me about that place"
aku pon merapu meraban.. bla bla bla...
and the last, kesilapan yang tak patut aku buat, aku dah terbuat.. nak tau ape, 
aku cakap kat interviewer
"can i continue my story in Malay, sir?"
"No!".. okeh, aku kantoi kat sini.. ENGLISH!!! 
5. Ok lah, apa kelemahan kamu?? 
"damn it, soalan macam ni lah yang aku paling tak suka.."dalam hati lah kan.. haha.. penat aku pikir pikir pikir pikir... kat sini lagi aku kantoi.. aku cakap PELUPA is one of my kelemahan..
apelah.. ni lah akibat tak bersedia.. hampeh.. 
pastu, kene ceramah la sikit.. 
6. Awak kerja di mana?? 
"ANZ Planners Sdn Bhd in Gombak"
7. Its a big company right?
"tak de lah sangat.. tapi, projek tu sentiasa ada la" sambil senyum kambeng
8. Why not u kerja je dekat situ?
time ni aku dah rasa, i'm a looser.. 
tp, aku senyum je lah
9. Ok lah, ade ape2 nak tanya??
Takde.. 

Keluar bilik interview, tengok semua kerusi n akuarium.. cantik ikan kat situ.. 

------------------harapan tipis nak dapat J41------------------
so, bile dapat panggilan temuduga J29, aku kuatkan semangat pegi jugak lah.. mencuba nasib
nak kate tak pandai, aku dapat second upper class degree n diploma
tak salah kan mencuba??
hehe

so, J29 aku dah ade experience sikit lah tatacara temuduga..
1.Please Introduce Yourself
aku pon explain la (all in english) berbuih2 aku cakap, sbb dah prepare before masuk bilik temuduga=)
name, adress, graduated from, siblings, father, mother, works bla bla bla
2. interviewer tu tanya sorang lagi interviewer, dia ada degree tak??
ada, jawab interviewer yang tengok kompilasi sijil2 aku.. lepas tu dia tanya,
"ada mintak J41 tak??"
"ada"aku jawab
"habis tu, kenapa mintak J29?"
"actually, saya mohon J29 ni dah lama dah, disebabkan tiada pendedahan mengisi SPA, saya letak je jawatan ape pon, yang penting perancang bandar.. tapi, lepas interview setahun yang lepas N17, saya dinasihatkan  oleh pegawai SPA untuk mohon jawatan pegawai sahaja sbb saya ada degree.. saya pon dah buang J29 dari senarai jawatan pilihan sbb die note kat bawah jawatan tu, maaf anda tidak layak kerana ...... tapi, pelik, kenapa masih dipanggil untuk dtg interview" panjang lebar aku membebel + sebak dah tym ni
"ok, skg ni SPA dah ubah, org yang ada degree layak untuk memohon jawatan SPM sbb nak elakkan pengangguran.. tapi, u dah keje tetap kan??" kata pegawai SPA tu, n aku pon angguk2 sbb aku mmg sedia maklum pasal hal tu
"ok lah, berapa chances untuk awk dapat J41 tu??"
"50-50.. saya tak yakin boleh dapat"
"kenapa cakap macam tu?, ada tak dapat jawab soalan2 dia ke? ke ade kantoi kat mane2?"
"English".. terus aku jawab
penat jugak la aku bersoal jawab dengan interviewer..

lepas tu interviewer cakap lagi, tak pe lah, tunggu 2-3 tahun lagi sampai ade jawatan pegawai, then apply lagi.. 

Aku sedih dan menyesal sebab tak bersedia betul2 masa interview gred J41!!!!! 
SEDIH SANGAT!!!!

ok, next time, cuba lagi okeh!! cuba yang terbaik!! walaupun interviewer tu cakap, tak ape, nanti kita cross check semula nama u.. kita akan pertimbangkan.. result u sangat bagus n u keje di tempat yang bagus.. 

aku mengharap dapat masuk government..

kepada anda yang akan menghadapiu interview, sila bersedia!!
Good Luck

"Allah telah menentukan yang terbaik untuk hamba-hambanya, berkat doa usaha dan tawakkal mengharap ianya akan berhasil.. Amin"

With Love



3 chit chat:

Anonymous said...

We're a gaggle of volunteers and starting a new scheme in our community. Your website offered us with valuable information to work on. You have done an impressive process and our entire community might be grateful to you.

Visit my blog post: web page

Unknown said...

Terima kasih ats info sis.

Unknown said...

sis dpt tak jwatn tu?


up